Saya mengambil profesion keguruan. Lebih spesifik, saya bakal menjadi seorang guru Sejarah dalam suatu masa nanti, InsyaALLAH. Saya punya cita dan cinta terhadap profesion ini, meski dahulu tidak berfikirpun untuk masuk semula ke sekolah, kalau boleh mahu kerja yang tidak melibatkan pelajar. Sesungguhnya perancangan Allah itu Maha Hebat, hari ini saya memilih untuk menjadi sebahagian daripada mereka yang mendidik. Acap kali apabila berjalan ke mana-mana, ternampak pelajar sekolah akan membuatkan semangat saya membara untuk menjadi seorang guru, dan mahu dipanggil sebagai seorang "CIKGU". Namun, bukan mudah untuk menjadi seorang guru murabbi.
Seorang senior menceritakan kepada saya akan cabaran-cabaran yang dihadapinya semasa mengajar. Begitu banyak dugaan dan cabaran, sehingga ia meletihkan, dan dia berkata hampir merasa putus asa. SubhanAllah, dia baharu bekerja setengah tahun, sedangkan saya masih banyak untuk ditempuhi sebelum layak bergelar guru secara profesional. Iya, bukan senang untuk menjadi seorang guru murabbi.

melihat dalam diri saya yang nyata masih terlalu banyak kekurangan..mampukah aku?!!!.. jika dahulu saya adalah pelajar dalam kelas, kini ya masih di dalam kelas tetapi berada di hadapan sebagai seorang guru.sukar untuk mengambarkan dengan kata-kata..yang pasti ianya akan mengubah kehidupan diri aku..!!.apa pun segalanya akan bermula 07.02.2011..!!
wajah-wajah bakal guru sejarah sesi 07/08 (semoga kejayaan milik kita bersama)
chaiyok abg nan!
ReplyDelete