Thursday, January 27, 2011

Kisah Sebuah Persahabatan..

Memang banyak orang yang kita temui didalam hidup kita. Namun bukan semua orang boleh dianggap sebagai sahabat. Sebenarnya kebanyakan yang kita kenal sekadar menjadi kenalan dan kawan sahaja. Walau bagaimana pun, samada seseorang itu sekadar kenalan atau kawan atau sahabat, perkara ini terserahlah kepada kita untuk menilai orang-orang yang kita temui didalam hidup kita. Namun kalau kita telah berjanji kepada seseorang bahawa kita akan menjadi sahabatnya selama-lamanya maka kita ada kewajipan untuk membuktikan janji kita ini. Jangan hanya manis dimulut sahaja tetapi dihati lain-lain. Pendek kata, bersahabat biarlah selama-lamanya dan paling penting, dengan hati yang ikhlas...
ukhwah yang terbina memang indah jika disulami dengan hati yang ikhlas..
*adakah anda juga seorang sahabat yang baik?

2 comments: